Selamat Datang

Khas untuk bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah (SMTMS), Pahang. Semoga dengan adanya blog ini, dapat mendekatkan lagi hubungan persahabatan yang telah termatri sejak tahun 1997. Pastikan anda blog ini sentiasa menjadi pilihan anda dan bagi memudahkan anda untuk mengetahui aktiviti yang telah atau bakal diadakan. So.. KEEP IN TOUCH!!!

Monday, June 8, 2009

Walimatul Urus


BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN TEKNIK MUADZAM SHAH, ANDA DI JEMPUT BERSAMA-SAMA KE MAJLIS PERKAHWINAN RAKAN KITA ZURAINI BT ZULKIFLIE (AIN KA2) PADA:-

TARIKH : 28HB JUNE 2009 (AHAD)
TEMPAT : PERKARANGAN BLOK 4, KONDO RAKYAT DESA PANTAI, PANTAI HILLPARK, KL

SAMA-SAMA LAH BERJUMPA DI SANA, SAMBIL-SAMBIL REUNION YE...

*** sebarang pertanyaan boleh menghubungi admin blog atau hubungi terus bakal pengantin (Ain) di talian 013-394 4014

Tuesday, February 24, 2009

WELCOME BACK!

Salam buat semua kawan-kawan. Nampaknya blog kita ni agak suram sikit kebelakangan ni. Al-maklumlah, the person in charge masuk hospital. Hehehe. Apa2 pun, selamat kembali pada semua rakan-rakan. Aku rasa ramai yang dah tau, kenapa aku masuk hospital kan. Agak lama jugak lah, dari 2hb Feb hingga 13hb Feb. Tu pun, aku mintak keluar. Kalau tidak, memang kat hospital lagi la gamaknya. Kalau ada yg belum tahu, aku disahkan kena Ulser Kornea iaitu jangkitan pada kornea mata kiri. Huhuhu.. Bunyinye macam menakutkan kan.. Betul! Agak merbahaya jugaklah sakit ni. Mahu tak nye, boleh jadi buta. Syukur, Alhamdullilah, aku masih ada peluang untuk melihat dunia ni. Waktu di hospital menerima rawatan intensif, aku agak jadi insaf sikit. Bukan apa, aku menjadi seorang yang cukup menghargai anugerah anggota badan yang dikurniakan. Aku dapat rasai, betapa pentingnya penglihatan kita. Aku sudah pun dapat merasai keperitan jika hanya dapat menggunakan sebelah mata sahaja dalam melakukan aktiviti harian. Agak menyeksakan jugak lah. Lepas ni, aku akan jaga betul2 semua anggota badan yang dianugerahkan oleh-Nya. Kiranya, aku cukup bertuah diberi peluang utk merasai saat-saat itu.

Pada kawan2 yang sempat menjenguk aku kat hospital tempoh hari, terima kasih banyak2 atas masa yang diluangkan. Terhibur jugak aku dengan kedatangan korang. Terima kasih jugak pada kekawan yang tak sempat datang tapi sentiasa mendoakan agar aku cepat sembuh. Terima kasih banyak2.

Di kesempatan ini, aku nak kongsi dengan korang tentang apa itu Ulser Kornea. Mungkin ada yang sudah tahu tentang penyakit ini dan aku rasa ramai yang kurang arif tentang penyakit ini. Di sini aku petik semua artikel mengenai Ulser Kornea yang sangat mudah difahami. Moga2 ianya akan menjadi panduan dan teladan kita bersama. OK! Check it out!


ULSER KORNEA PENYEBAB BUTA

Oleh: Hafizah Iszahanid (Hafiza@nstp.com.my)

KANTA lekap menjadi sebahagian trend fesyen hari ini. Walaupun ia sepatutnya menjadi instrumen bagi membantu penglihatan, kini ia diterima sebagai aksesori berikutan pelbagai corak dan warna kanta lekap.

Kanta lekap yang dipakai bagi tempoh yang panjang sebenarnya boleh menjejaskan penglihatan. Apatah lagi jika rutin kebersihan dan pemakaiannya tidak diambil peduli, si pemakai memang berisiko menghadapi dengan ulser kornea.

Ulser kornea terjadi apabila permukaan kornea rosak atau terjejas (radang). Sebenarnya, pemakaian kanta lekap bukanlah satu-satunya penyebab ulser kornea. Secara umum, ia lebih kerap dikaitkan dengan jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Pemakaian kanta jenis lembut misalnya dalam jangka panjang mudah menyerap bakteria dan organisma yang berjangkit. Apatah lagi jika pengendaliannya tidak dilakukan dengan cermat dan teratur. Pemakaian kanta lekap yang lama juga boleh menyekat oksigen masuk ke kornea membuatnya lebih mudah dijangkiti.

Ulser kornea disebut juga sebagai keratitis. Bergantung kepada puncanya, ada kes ulser kornea yang boleh menyerang beberapa kali yang dicetuskan tekanan, pendedahan kepada matahari atau keadaan yang memusnahkan sistem imun.

Ulser yang disebabkan bakteria selalunya sangat sakit dan dikaitkan dengan pecahnya epithelium, lapisan permukaan kornea. Dalam sesetengah kes, radang yang terjadi membabitkan ruang dalam mata bersama kornea. Sesetengah jenis bakteria sangat agresif dan boleh menyebabkan kerosakan serius malah buta dalam masa 24 jam jika tidak dirawat.

Masalah ulser kornea yang bukan disebabkan bakteria tidak menyebabkan kesakitan yang teruk. Selalunya ia tidak menyebabkan lapisan permukaan kornea pecah. Walaupun tiada data tepat mengenai kes ulser kornea di Malaysia, di Amerika misalnya, hampir 30,000 kes ulser pada kornea disebabkan bakteria terjadi setiap tahun.

Rawatan

Ulser kornea memerlukan rawatan yang agresif, jika tidak ia boleh membuatkan seseorang itu hilang penglihatan. Langkah pertama adalah menyingkirkan jangkitan. Antibiotik diberi selain ubat-ubatan khas yang mensasarkan punca jangkitan. Kebiasaannya ia akan sembuh. Bagaimanapun jika tidak dan kornea kekal berparut, pemindahan kornea diperlukan bagi mengembalikan penglihatan.

Rawatan awal sangat diperlukan kerana ia boleh menghalang pembentukan ulser. Jika tidak, jangkitan boleh menyebabkan ulser.

Pemindahan kornea di Malaysia

TIDAK seperti organ lain yang memerlukan individu itu ‘mati otak’ sebelum pendermaan dibuat, pendermaan kornea boleh dilakukan antara 12 ke 48 jam selepas seseorang itu meninggal dunia.

Malah, dengan kadar 12 penerima setahun, keperluan pendermaan kornea di Malaysia sebenarnya agak besar. Apatah lagi kebanyakan bekalan kornea yang ada kini diimport dari Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi Bank Mata HKL-Lion, Dr Chin Yoon Hiap berkata, satu ketika dulu kebanyakan kes penerimaan kornea adalah di kalangan penoreh getah dan mereka yang bekerja di sektor pembinaan. Bagaimanapun hari ini, 15 peratus kes penerimaan kornea bukan lagi trauma sebaliknya jangkitan. Antaranya, ulser kornea.

Dr Chin berkata, Bank Mata di Malaysia bermula agak lewat. Secara tidak rasmi ia bermula pada 1998 dengan bekalan kornea yang semuanya diimport dari Sri Lanka.

“Ketika itu bekalan kornea yang hanya disimpan dalam peti sejuk biasa. Hinggalah pada 2002 dengan bantuan syarikat korporat satu bank mata yang lebih eksklusif dimulakan di tingkat lima, Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, hari ini kebanyakan bekalan kornea tidak diambil dari Sri Lanka sebaliknya bergantung kepada pemberian kornea percuma dari Amerika Syarikat (AS) selain didermakan orang awam. Berbanding import kornea dari Sri Lanka sebelum ini, kornea dari Amerika menjadi pilihan disebabkan faktor kualiti dan kebersihan.

“Walaupun kornea dari AS itu percuma, pesakit masih perlu bayar kos pengendalian kira-kira RM1,200 untuk satu kornea,” katanya.

Dr Chin berkata, setiap bulan sekurang-kurangnya sepasang kornea diperlukan manakala setiap tahun sekitar 12 orang memerlukan kornea. Sama seperti kebanyakan pendermaan organ lain, pendermaan kornea juga mempunyai senarai menunggu yang panjang.

“Biasanya atas persetujuan keluarga, kami memperoleh kornea daripada pesakit yang meninggal dunia di unit kawalan rapi (ICU). Bagaimanapun jumlahnya tidak begitu banyak,”

“Kornea tidak seperti jantung atau buah pinggang, lepas mati pun masih boleh derma kornea. Jadi tiada sebab tidak berbuat demikian,” katanya.

Sesiapa saja boleh menderma kornea kecuali pesakit HIV dan hepatitis B. Malah, pendermaan kornea boleh dilakukan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

“Pendermaan kornea membantu pesakit mengurangkan masalah penglihatan atau buta yang disebabkan kornea. Ada beberapa keadaan yang memerlukan kornea baru selain ulser kornea. Antaranya, mengekalkan anatomi kornea dan penglihatan pesakit,” katanya.

Beliau berkata, dalam pemindahan kornea, prosedur pembedahan akan membabitkan penggantian kornea yang terjejas.

“Ia akan membabitkan bahagian jenis di depan iris dan pupil. Di Malaysia, kita ada ramai kepakaran dalam melakukan pemindahan kornea,”katanya.

Bukan semua kes ulser kornea memerlukan kornea baru. Pada peringkat awal, sesetengah penyakit (seperti keratoconus), kanta lekap boleh digunakan bagi memperbaiki penglihatan. Bagaimanapun ini hanya untuk peringkat awal. Pemindahan kornea diperlukan diperlukan jika penglihatan makin terjejas.

“Bergantung pada jenis pembedahan, jika prosedur kombinasi ia mengambil masa satu hingga dua jam,” katanya.

Pemindahan kornea boleh dibuat pada sesiapa saja termasuk bayi atau warga tua, asalkan mereka memiliki kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, majoriti kes membabitkan mereka yang berusia 20 hingga 59 tahun (54%).

Pada 2005 saja ada 192 kes pemindahan kornea di buat di Malaysia.

FAKTA: Simptom

  • Mata merah
  • Sakit (tidak semua)
  • Tompok putih pada kornea, bergantung pada tahap serius ulser ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar
  • Sensitif pada cahaya
  • Mata yang sentiasa berair
  • Mata yang gatal dan rasa terbakar.

  • Thursday, January 22, 2009

    Selamat Tahun Baru Cina 2009


    SELAMAT TAHUN BARU CINA 2009
    Kepada semua rakan-rakan yang akan pulang ke kampung atau pergi Holiday ke mana-mana destinasi, semoga pandu dan tunggang dengan selamat. Pastikan kenderaan di servis dahulu. Pastikan penumpang dibelakang memakai tali pinggang keselamatan.
    Semoga perjalanan anda selamat dan gembira hendaknya.
    GONG XI FA CAI!!!!

    Wednesday, January 14, 2009

    Naik ATV Bike!!!

    Hai kawan2. Aku nak kongsi ngan korang pasal aktiviti ni. Mungkin ada yang aku sempat war2kan mengenai ATV Bikes ni. Aku ada jugak ajak beberapa org member untuk join tapi masing2 ada hal yang tak dapat nk dielakkan. Oleh itu, aku pun merasmikan aktiviti ni dgn adik aku pada 25hb Disember tahun lepas. Sorry lambat update kat blog ni utk tatapan kawan2.

    Untuk pengetahuan semua, kita mmg ada plan nk buat aktiviti ini utk kelab reunion kita pada cuti Chinese New Year ni. Cuma tarikh yang belum confirm. So, kalu ada sapa2 berminat nak join, leh bg cadangan tarikh yg korang available. Nanti kita follow majoriti.

    Sapa2 nak tau macam mana ATV Bikes and the adventure journey, leh tgk gmbr2 yang sempat dirakamkan kat bawah nie. Yang pasti, ini pengalaman yang cukup menyeronokkan bg mereka yang suka outdoor aktiviti. So, apa lagi.. JOM RASAI PENGALAMAN INI!!!!!!!!!!




    ni aku la.. posing dulu sblm masuk track



    ni adik aku.. jgn ushar haa.. hehehe

    ni baru pmulaan jalan

    sedang tunggang ATV, terserempak dgn sekumpulan bicycle riders dari Singapore tak silap aku la.. hehehehe

    Ini lah akibat kalau tak hati-hati... masuk lubang..adik aku punya keje la nie

    bertungkus lumus keluarkan ATV Bike

    Kita akan dibawa ke check point terakhir iaitu Air terjun Kemensah.. mmg bersih giler air kat atas bukit nie... BESTTT SGTT!!

    Air Terjun Kemensah

    Posing lagiii...

    Di kabin kat tepi air terjun

    Ni kawasan berkhemah.. ada pakej khemah yg menarik.. bayar then bawak badan jer.. yg lain semua disediakan.. WOW!!!

    Teruskan perjalanan, masuk semak la pulakkk... adoiii adik aku niee..

    Kena hati2, banyak lubang & batu besau2

    Cerun landai, 45 darjah

    Cerun lagiii...

    Cerun2 pun nk posing adik aku nie...

    Check point akhir sblm balik..

    ::Perjalanan Selama 1 1/2 Jam

    SO, SAPA NAK JOIN AKTIVITI NIE???? TANYA AKU UNTUK HARGA.. MASUK FORUM PUN BOLEHHHH....



    Friday, January 2, 2009

    Aktiviti ReunionTeknik

    Selamat Tahun Baru kepada semua warga Reunion Teknik 98. Kita sudah pun melangkah ke tahun baru iaitu 2009. Ini bermakna kita telah kekalkan persahabatan kita 11 tahun lamanya. Tahniah buat anda yang sentiasa komited dalam memastikan perhubungan persahabatan ini berkekalan selama-lamanya. Yang pasti, kita akan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran yang lebih hebat pada tahun ini. Pastikan juga azam anda semua akan terlaksana dan dicapai dengan penuh gemilang dan terbilang. Jadikan kenangan dan memori 2008 sebagai sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan jadikan juga sebagai satu ikhtibar dan teladan pada tahun ini dan tahun akan datang.
    Tahun 2009 ini kita akan memulakan aktiviti dengan Family Day dan Annual BBQ Dinner Nite di Pulau Redang, yang telah dicadangkan pada 1 Mei - 3 Mei 2009. Pastinya, ini merupakan aktiviti yang terhebat yang bakal diadakan selama 11 tahun kita bersama.
    Oleh itu, diharapkan agar, semua warga ReunionTeknik98 akan mengambil bahagian dan war-warkan kepada rakan-rakan yang lain bagi meramaikan acara yang hebat ini.
    Di samping itu juga, diingatkan kepada semua rakan-rakan bahawa pertandingan mereka cipta Slogan ReunionTeknik masih lagi berlangsung hingga Mac '09. Sila klik Pertandingan Mencipta Slogan untuk keterangan lanjut. Pemenang akan dinobatkan di Pulau Redang pada malam Annual BBQ Dinner Nite. JOM! Cipta Slogan.
    Sila layari forum untuk perbincangan mengenai acara hebat yang akan kita adakan.
    Jumpa anda di sana!!!!